Kursus Sijil Kemahiran Malaysia
Seni Pastri
TVET
PEMBUATAN PASTRI
Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah mengiktiraf Institute of Professional Techniques & Skills untuk menjalankan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pembuatan Pastri (Seni Pastri) kepada pelajar yang berminat menceburi bidang pastri.
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Kelebihan Melanjutkan Pelajaran SKM
Dapat Fokus & Pembelajaran Yang Mudah Difahami
Sistem latihan kemahiran adalah 70% dijalankan secara amali atau "hands on" di studio / bengkel dan hanya 30% dijalankan secara teori.
Pelajar tidak akan merasa bosan tetapi merasa seronok dan dapat memberikan fokus semasa sesi latihan seterusnya mudah memahami sesuatu topik yang diajar.
Tidak Perlu Risau
Berkenaan Kewangan
Pinjaman penuh (100%) untuk yuran pengajian, elaun sara hidup setiap bulan dan elaun pengangkutan.
Ibubapa tidak akan terbeban kerana pelajar mempunyai kewangan mencukupi untuk perbelanjaan makan minum, asrama, pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan harian setiap bulan.
Sijil Diiktiraf & Mudah Dapatkan Pekerjaan
Sijil SKM diiktiraf kerajaan dan Pelajar yang melakukan dengan baik semasa latihan dan on-job-training, lazimnya berkemungkinan besar akan diambil bekerja oleh majikan sejurus selepas pelajar tamat pengajian.
Sistem latihan SKM ini membuatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan adalah tidak mustahil
Apakah kursus SKM Seni Pastri ?
Pelajar akan memulakan pengajian dari peringkat permulaan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 (merangkumi 1&2) dan selepas itu boleh memilih untuk menyambung pengajian ke tahap 3 dan seterusnya ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4.
SKM Seni Pastri atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pembuatan Pastri adalah kursus untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik pembuatan pastri melibatkan menu utama pastri seperti pencuci mulut, kuih tradisional, kek, cookies, puding, coklat, confectionery, roll dan lain-lain.
Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan dan keselamatan dapur, penyediaan adunan dan doh, filling dan krim, inovasi produk dan hiasan istimewa.
SKM Seni Pastri @ IPTSkills
Penerangan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Pastri & Roti (Seni Pastri & Bakeri) di IPTSkills
Kelebihan menyertai Program Kemahiran TVET Seni Kulinari di IPTSkills berbanding di tempat lain
Studio Kulinari IPTSkills Lengkap, Baru, Modern & Terkini
Penerangan fasiliti dan peralatan di Studio Pastri IPTSkills
Kelebihan Belajar di IPTSkills
Masa Depan Cerah Kemahiran & Keusahawanan
Di IPTSkills pelajar bukan sahaja akan belajar kemahiran, malah subjek tambahan iaitu pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Kekurangan pekerja mahir membuatkan graduan IPTSkills yang berkemahiran sangat diperlukan oleh syarikat swasta .Graduan IPTSkills juga yang bersedia dapat membuka perniagaan sendiri seterusnya berjaya dalam perniagaan yang dijalankan dimasa akan datang.
Kemudahan Yang Selesa & Berkualiti
Di IPTSkills kemudahan dan peralatan adalah lengkap, baru , moden, terkini dan mengikut piawaian kementerian. Pensyarah juga berkelayakan dan mempunyai pengalaman industri.
Pelajar akan merasa selesa, seronok, dapat menumpukan perhatian dan mudah memahami topik yang diajar. Pelajar juga akan mudah menyesuaikan diri apabila di alam pekerjaan nanti.
Persekitaran Yang
Selamat & Mudah Akses
IPTSkills terletak di kawasan perumahan mewah Mutiara Homes (berdekatan IKEA) dan Balai Polis (200m), Surau (50m) dan Stesen MRT. Tiada kesesakan lalu lintas dan tiada penempatan pekerja asing berdekatan.
Ibubapa dan pelajar akan berasa selamat dan selesa sepanjang tempoh pengajian di IPTSkills dan mudah untuk berulang alik bagi pelajar yang tinggal berdekatan.
Testimoni Pelajar IPTSkills
ISI KANDUNGAN SKM SENI PASTRI
TAHAP 2 (1&2)
1. Kebersihan, Keselamatan Dapur Dan Pengendalian Makanan . - Keperluan dalam aktiviti pengendalian makanan. - Alatan pengendalian makanan, klasifikasi dan peralatan dapur . - Klasifikasi bahan masakan. - Prinsip penerimaan dan penyimpanan bahan masakan. - Kekalkan keperluan aktiviti pengendalian makanan. - Tata kebersihan dan kebersihan di tempat kerja.
2. Penyediaan Adunan & Doh - Kenalpasti keperluan penyediaan adunan & doh - Mise en place untuk adunan & doh - Penyediaan adunan & doh - Penyimpanan adunan dan produk - Pemeriksaan kualiti dan kuantiti aduanan dan doh - Lapotan aktiviti penyediaan adunan dan doh
3. Penyediaan Filling Dan Krim - Keperluan Penyediaan filling & krim - Mise en place untuk filling & krim - Penyimpanan produk akhir filling & krim - Semakan kualiti dan kuantiti filling & krim - Laporan aktiviti penyediaan filling & krim
4. Penyediaan Puding - Mengenal pasti keperluan penyediaan puding - Mise en place untuk puding - Penyediaan puding - Kemasan dan hiasan produk puding - Semakan kualiti dan kuantiti produk puding - Laporan aktiviti penyediaan puding
5. Penyediaan Cookies - Mengenal pasti keperluan penyediaan cookies - Mise en place untuk cookies - Penyedian cookies - Kemasan dan hiasan produk cookies - Semakan kualiti dan kuantiti produk cookies - Laporan aktiviti penyediaan cookies
6. Penyediaan Pencuci Mulut & Kuih Tradisional Malaysia - Mengenal pasti keperluan penyediaan pencuci mulut & kuih tradisional - Mise en place untuk pencuci mulut & kuih tradisional - Penyedian pencuci mulut & kuih tradisional - Kemasan dan hiasan produk pencuci mulut & kuih tradisional - Semakan kualiti dan kuantiti produk pencuci mulut & kuih tradisional - Laporan aktiviti penyediaan pencuci mulut & kuih tradisional
7. Penyediaan Kek - Mengenal pasti keperluan penyediaan kek - Mise en place untuk kek - Penyediaan kek - Kemasan dan hiasan produk kek - Semakan kualiti dan kuantiti produk kek - Laporan aktiviti penyediaan kek
8. Pengendalian Produk & Bahan Pastri - Mengenal pasti keperluan pengendalian bahan & produk pastri - Perancangan aktiviti pengendalian bahan & produk pastri - Pengendalian bahan & produk pastri - Semakan keberkesanan pengendalian bahan & produk pastri - Laporan aktiviti pengendalian bahan & produk pastri
9. Jualan & Pemasaran Produk Pastri - Mengenal pasti keperluan jualan & pemasaran produk pastri - Mengatur aktiviti jualan & pemasaran produk pastri - Jualan & pemasaran produk pastri - Semakan kesahihan dan kebolehpercayaan maklumat pasaran yang berpotensi - Laporan jualan & pemasaran produk pastri
10. Penyediaan Soft & Hard Roll - Mengenal pasti keperluan penyediaan soft & hard roll - Mise en place untuk soft & hard roll - Penyediaan soft & hard roll - Kemasan dan hiasan produk soft & hard roll - Semakan kualiti dan kuantiti produk soft & hard roll - Laporan aktiviti penyediaan soft & hard roll
TAHAP 3
11. Penyediaan Confectionery - Mengenal pasti keperluan penyediaan confectionery - Mise en place untuk confectionery - Penyediaan confectionery - Kemasan dan hiasan produk confectionery - Semakan kualiti dan kuantiti produk confectionery - Laporan aktiviti penyediaan confectionery
12. Penyediaan Produk Pencuci Mulut Sejuk Beku - Mengenal pasti keperluan penyediaan produk pencuci mulut sejuk beku - Mise en place untuk produk pencuci mulut sejuk beku - Penyediaan produk pencuci mulut sejuk beku - Kemasan dan hiasan produk pencuci mulut sejuk beku - Semakan kualiti dan kuantiti produk pencuci mulut sejuk beku - Laporan aktiviti penyediaan produk pencuci mulut sejuk beku
13. Pengeluaran Produk Coklat - Mengenal pasti keperluan penyediaan produk coklat - Mise en place untuk produk coklat - Penyediaan produk coklat - Kemasan dan hiasan produk coklat - Semakan kualiti dan kuantiti produk coklat - Laporan aktiviti penyediaan produk coklat
14. Hiasan Istimewa Produk Pastri - Mengenal pasti keperluan hiasan istimewa produk pastri - Mise en place untuk hiasan istimewa produk pastri - Penyediaan hiasan istimewa produk pastri - Semakan kualiti dan kuantiti hiasan istimewa produk pastri - Laporan aktiviti hiasan istimewa produk pastri
15. Inovasi Produk Pastri - Mengenal pasti keperluan inovasi produk pastri - Mise en place untuk inovasi produk pastri - Inovasi produk pastri - Kemasan inovasi produk pastri - Semakan kualiti dan kuantiti inovasi produk pastri - Laporan aktiviti pengeluaran inovasi produk pastri
16. Kawalan Stok Pengeluaran Produk Pastri - Mengenal pasti keperluan kawalan stok pengeluaran prduk pastri - Mengatur aktiviti kawalan stok pengeluaran prduk pastri - Menjalankan aktiviti kawalan stok pengeluaran prduk pastri - Menyemak aktiviti kawalan stok pengeluaran prduk pastri - Laporan kawalan stok pengeluaran prduk pastri
17. Kawalan Pengeluaran Pastri - Mengenal pasti keperluan kawalan pengeluaran pastri - Susun aktiviti kawalan pengeluaran pastri - Menjalankan aktiviti kawalan pengeluaran pastri - Menyemak keberkesanan aktiviti kawalan pengeluaran pastri - Laporan aktiviti kawalan pengeluaran pastri
18. Fungsi Pentadbiran Pastri - Mengenal pasti keperluan fungsi pentadbiran pastri - Susun aktiviti fungsi pentadbiran pastri - Menjalankan aktiviti fungsi pentadbiran pastri - Menyemak keberkesanan aktiviti fungsi pentadbiran pastri - Laporan aktiviti fungsi pentadbiran pastri
19. Kos Produk Pastri - Mengenal pasti keperluan pengekosan produk pastri - Susun aktiviti pengekosan produk pastri - Menjalankan aktiviti pengekosan produk pastri - Menyemak keberkesanan aktiviti pengekosan produk pastri - Laporan aktiviti pengekosan produk pastri
Contoh Kelas Masakan Pelajar
Prospek Kerjaya
Program ini menawarkan peluang kerjaya yang lumayan yang membawa kepada laluan kerjaya yang berbeza bermula dari Baker / Pembuat Kek sehinggalah menjadi Pastri Chef / Cake Designer / Pemilik Kedai Kek & Roti / Pensyarah Kek & Roti.
Pastry Chef
Menggunakan kreativiti dan seni untuk mereka bentuk pencuci mulut dan kek di hotel, cafe dan kedai kek.
Cake Designer
Mencipta dan mereka bentuk kek istimewa untuk majlis tertentu di hotel, kedai kek, cafe dan tempahan atas talian.
Baker
Bekerja dengan doh untuk membuat roti di hotel, restoran, kedai roti, cafe dan syarikat katering.
Lain-lain Kerjaya
Pemilik Restaurant / Cafe
Pemilik Kedai Kek / Bakeri
Pensyarah Pastri / Bakeri
Influencer / Content Creator
Pendidikan Lanjutan
Pelajar yang tamat pengajian boleh meneruskan pembelajaran ke peringkat:
-
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Seni Pastri & Bakeri di IPTSkills
atau
-
Diploma TVET-i - Diploma Pensyarah Kemahiran
Kemudahan @ IPTSkills
Kemudahan yang tersedia di sekitar IPTSkills
Panduan perjalanan dari KL Sentral ke IPTSkills menggunakan pengangkutan awam
Cara Permohonan Menyertai Kursus
1. Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan diatas, isi Borang Permohonan Online dan tekan Submit.
2. Dalam masa 3 hari, pihak institut akan hubungi / Whatsapp anda berkenaan permohonan dan kemasukan kursus. Jika tidak terima Whatsapp dari kami sila tangkap gambar borang yang telah diisi dan Whatsappkan ke 011-6323 5200.
3. Surat Tawaran Kemasukan akan diposkan selepas pegawai kami menghubungi anda .
*Hanya pemohon yang berjaya dihubungi sahaja yang akan menerima surat tawaran.
Bayaran yuran ke institut boleh dibuat secara :