IPTSkills      Program Jarak Jauh (PJJ)


Sijil Program Jarak Jauh (PJJ) IPTSkills


Sijil Program Jarak Jauh (PJJ) IPTSkills merupakan program yang dibangunkan dan dinilai sepenuhnya oleh pihak Jabatan Akademik IPTSkills.

Objektif IPTSkills membangunkan kursus PJJ ini adalah untuk :

  1. Membantu dan memudahkan pelajar yang tinggal jauh dari institut mengikuti kursus seterusnya memudahkan pelajar tersebut mendapatkan pekerjaan.
  2. Membantu mereka yang sedang bekerja meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam jurusan berkaitan seterusnya meningkatkan peluang mereka dinaikan gaji atau jawatan.
  3. Membantu syarikat -syarikat swasta melatih kakitangan mereka tanpa menggangu tugasan di tempat kerja.

Kelebihan kursus PJJ IPTSkills ini adalah :

  1. Program ini memberi pengetahuan dan kemahiran yang mungkin anda perlukan untuk bidang kerja anda waktu ini, dimasa akan datang atau yang ingin anda ceburi.
  2. Anda boleh menyatakan sijil ini didalam CV / resume anda. Syarikat swasta atau majikan menyukai pekerja mereka atau bakal pekerja mereka menunjukan keinginan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Dengan sijil ini peluang untuk dinaikan pangkat, gaji atau diterima bekerja dipertingkatkan.
  3. Program PJJ ini hanya memakan masa yang singkat, 1 hingga 2 bulan.
  4. Anda boleh belajar dan melakukan kerja kursus mengikut jadual masa anda sendiri dan dirumah anda sendiri yang selesa.
  5. Yuran pengajian untuk Program PJJ adalah lebih murah.






Institute Of Professional Techniques & Skills

42-1, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

( Koordinat : 3°09'36.7"N 101°36'09.4"E )

Tel : 03-77 334 111     HP : 011-3232 5300
 
Fax : 03-2050 2750
 
Email : info@iptskills.edu.my