IPTSkills      Peraturan Penginapan Pelajar

PERATURAN PENGINAPAN PELAJAR

Pendaftaran Penginapan Pelajar

1.1  Pelajar yang ingin menetap di penginapan pelajar perlulah mengisi Borang Pendaftaran Asrama BPA/01. Pelajar juga perlu menjelaskan deposit penginapan dan bayaran yuran bulan pertama

1.2  Selain itu, Perjanjian Penginapan Pelajar BPA/02 juga WAJIB diisi dan ditandatangani oleh pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga. 

1.3  Setiap pelajar akan diberikan satu set kunci rumah setelah semua urusan pendaftaran selesai. 

Penentuan Rumah Penginapan Pelajar 

2.1  Penentuan rumah penginapan dan kelengkapan kepada pelajar adalah ditentukan oleh Warden.

2.2  Pertukaran rumah penginapan / bilik dibenarkan setelah mendapat kebenaran daripada Warden.

2.3  Warden berhak untuk menukarkan bilik atau kelengkapan seseorang pelajar atas sebab-sebab tertentu tanpa perlu dinyatakan alasannya.

Kelengkapan Penginapan Pelajar

3.1  Perabot dan kelengkapan yang ada di penginapan pelajar merupakan hak milik IPTSkills dan tidak boleh diubah / dialih tanpa kebenaran Warden.

3.2  Perabot dan kelengkapan yang disediakan hendaklah dijaga dengan sempurna supaya berada dalam keadaan baik.

3.3  Setiap penghuni penginapan pelajar dibekalkan dengan:

a)     Katil / Tilam / Bantal

b)    Almari

c)     Lain-lain perabot dan kelengkapan yang disediakan

3.4  Perabot dan kelengkapan yang dirosakkan hendaklah dibayar gantirugi seperti yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran G-6: Senarai Harga Penggantian Barangan / Denda)

3.5  Kerosakan atau kehilangan kelengkapan penginapan pelajar hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Warden.

3.6  Penggunaan cadar dan sarung bantal adalah diwajibkan kepada semua penghuni asrama.

Ahli Jawatankuasa Asrama

1.1  Penghuni hendaklah memilih calon untuk dilantik sebagai Ketua Rumah bagi setiap unit penginapan pelajar.

1.2  Ketua Rumah bertanggungjawab memastikan ahli-ahlinya memberi kerjasama dan bertugas mengikut jadual tugas yang ditetapkan.

1.3  Warden hanya akan berhubung dengan Ketua Rumah bagi sebarang maklumat atau perkara.

1.4  Ketua Rumah asrama hendaklah melaporkan kepada Warden dengan segera jika ada ahli-ahlinya yang sakit dan memerlukan rawatan perubatan.

1.5  Sebarang kecemasan yang berlaku hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Warden.

Kebersihan Bilik Dan Kawasan Sekitar

5.1  Pelajar dikehendaki sentiasa memasang cadar dan sarung bantal yang bersih. Selimut mesti dilipat dan diletakkan pada tempat yang sesuai. 

5.2  Semua bilik mestilah dipastikan sentiasa kemas, teratur dan bersih dari segi kedudukan katil, rak kasut dan almari pakaian.

5.3  Bilik air mestilah sentiasa bersih dan peralatan peribadi mestilah disusun dengan teratur dan rapi.

5.4  Pelajar dilarang melukis, menconteng dan/atau menampal gambar dan poster di dinding asrama.

5.5  Sebarang pengubahsuaian fizikal tidak boleh dilakukan kepada bilik atau peralatan-peralatan asrama yang disediakan.

5.6  Untuk menjaga kebersihan bilik, di dalam dan di sekitar asrama, pelajar diwajibkan menyediakan duty rooster dan ditampal di dinding untuk maklumat semua penghuni.

5.7  Pelajar dikehendaki berada di bilik masing-masing ketika pemeriksaan kebersihan bilik dijalankan oleh Warden.

5.8  Sampah sarap dan ‘sanitary pad’ hendaklah dibuang di tempat yang dikhaskan.

5.9  Sekiranya spot check mendapati kebersihan tidak memuaskan, rumah penginapan tersebut akan dikenakan denda (Lampiran G-6: Senarai Harga Penggantian Barangan / Denda).

Penggunaan Tenaga Elektrik Dan Air

6.1  Paip air hendaklah ditutup selepas digunakan.

6.2  Pelajar hanya dibenarkan menggunakan sebarang alat elektrik dan elektronik persendirian setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Warden.

6.3  Pelajar dikehendaki memastikan semua suis ditutup dan dimatikan selepas menggunakan peralatan elektrik.

6.4  Sebarang kerosakan berkaitan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada pihak Institut.

6.5   Kegagalan untuk menutup suis elektrik semasa ketiadaan penghuni boleh dikenakan denda atau penalti yang akan ditentukan oleh pihak Institut.

6.6  Bagi setiap unit penginapan pelajar, Institut hanya akan menanggung bil elektrik dan air maksimum sebanyak RM100 sebulan. Penggunaan melebihi RM100 akan ditanggung sepenuhnya oleh penghuni kediaman tersebut. 

Pelawat

7.1  Pelawat mesti memaklumkan kepada Warden berkenaan lawatan.

7.2  Pelajar-pelajar yang dilawati bertanggungjawab memastikan pelawat-pelawat tersebut mematuhi semua peraturan lawatan. Masa lawatan terakhir adalah pada jam 8.00 malam.    


Prosedur Penamatan Kontrak Penginapan Pelajar

Pelajar mestilah MEMATUHI SEMUA TERMA dan SYARAT di bawah sebelum Institut boleh memulangkan semula deposit penginapan pelajar. 

1.Yuran penginapan terakhir pelajar dikira 30 hari/sebulan dari tarikh surat permohonan keluar penginapan beserta Borang Keluar Penginapan Pelajar BPA/03 yang diserahkan ke Institut secara tangan (1) ATAU setelah semua barang peribadi pelajar telah dibawa keluar dari penginapan (9), YANG MANA TERKEMUDIAN.

2.Sebarang tunggakan bayaran bulanan penginapan pelajar dan kerosakan pada kemudahan di penginapan pelajar akan ditolak dari deposit penginapan sebelum dipulangkan kepada pelajar.

3.Sekiranya jumlah yang perlu ditolak tidak mencukupi, pelajar mestilah menyelesaikan baki tersebut selewat-lewatnya pada tarikh akhir yuran penginapan pelajar.

4.Sebarang tunggakan bayaran kepada Institut akan ditolak dari deposit penginapan pelajar.

5.Deposit penginapan akan dimasukan ke akaun pelajar 30 hari selepas tarikh akhir yuran penginapan pelajar.

6.Jangka masa minimum kontrak tinggal di penginapan adalah selama 3 bulan. Sekiranya pelajar berhenti tinggal di penginapan pelajar sebelum 3 bulan atau sebelum kontrak jangka masa dipenuhi, wang deposit penginapan pelajar tidak akan dikembalikan.

7.Sekiranya pelajar berhenti tinggal di penginapan pelajar kurang daripada 30 hari dari tarikh masuk penginapan tersebut, yuran bulan pertama untuk penginapan tersebut tidak akan dikembalikan.


Institute Of Professional Techniques & Skills

42-1, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

( Koordinat : 3°09'36.7"N 101°36'09.4"E )

Tel : 03-77 334 111      HP : 011-3232 5300
 
Fax : 03-2050 2750
 
Email : info@iptskills.edu.my