IPTSkills      Kursus Induksi PP-PPD-PPB
Kursus Induksi PP-PPD-PPB




Kursus Induksi PP-PPD-PPB ialah kursus pengenalan bagi individu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan mempelajari cara, kaedah, prosedur untuk membuka kolej / pusat latihan kemahiran swasta yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menjalankan kursus Sijil Kemahiran Malaysia dan cara perlaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia di sesebuah Pusat Latihan Kemahiran.



 Siapa yang patut menghadiri kursus ini ?

  1. Individu / Syarikat / Badan / Pertubuhan yang ingin membuka kolej / pusat latihan kemahiran swasta dan menjalankan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
  2. Individu yang ingin bekerja di pusat latihan / kolej kemahiran swasta dan kerajaan.
 Kursus ini diwajibkan oleh JPK kepada :

  1. Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) – Individu yang akan menjadi pengurus pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan. Pengusaha / Pemilik pusat latihan swasta juga diwajibkan menghadiri kursus ini jika individu yang sama juga bertindak sebagai pengurus di pusat latihan kemahiran tersebut.
  2. Pegawai Pengesah Dalaman – Individu yang akan menjadi pegawai pengesah dalaman (penyelia tenaga pengajar) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan.
  3. Pegawai Penilai (PP) - Individu yang akan menjadi pegawai penilai (tenaga pengajar) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan.


   
Jadual Kursus Induksi PP-PPD-PPB 



Jadual Kursus Induksi PP-PPD-PPB yang bakal dianjurkan oleh IPTSkills di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor adalah seperti dibawah:


Tarikh : 
Sila hubungi pihak institut untuk tarikh terkini 
   ( Sabtu & Ahad )       
          
Masa :    
8.30 pagi - 5.30 petang       
          
Tempat : 
IPTSkills, Mutiara Damansara   
   (peta lokasi disini)    
          
Yuran : 
RM 350.00       
         
Speaker : 
Pegawai Khas  (JPK / CIAST) 


       

Untuk mendaftar hadir Kursus Induksi PP-PPD-PPB, sila ikuti cara pendaftaran dibawah: 

  1. Isikan borang tersebut dengan lengkap dan emailkan borang tersebut bersama salinan kad pengenalan peserta ke iptskills@gmail.com. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Pendaftaran di 013-3088050

Terima kasih.





Institute Of Professional Techniques & Skills

42-1, Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

( Koordinat : 3°09'36.7"N 101°36'09.4"E )

Tel : 03-77 334 111     HP : 011-3232 5300
 
Fax : 03-2050 2750
 
Email : info@iptskills.edu.my